rawrr
ENTRY ABOUT LINKIES STUFF TWITTER FACEBOOK BLOGSKIN +FOLLOW
Owner


Hi ! Selamat Datang . Nak exchange links boleh tinggalkan di kotak cbox !


Chatbox


Family



Wishlist !!

sekolah rendah
sekolah menengah
Universiti
Berkerjaya

D' Credits
♥♥♥♥♥
Konsert Siti Nurhaliza and Friends~
Tuesday, 19 April 2016 • 07:39 • 0 comments
Hi semua ! Ingat saya lagi tak? Ok penyanyi no 1 negara iaitu Dato' Siti nurhaliza telah mengadakan konsert sempena pembabitan 20 tahun beliau dalam industri seni nyanyian. Konsert ini diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur dan merupakan konsert ke 30 Dato' Siti.


Konsert ini diiringi oleh orkestra daripada New York. Nama pun 'and Friends' so mestilah ada beberapa penyanyi lain yang turut serta . Antara artis yang join sekali konsert ini Anggun, Cakra Khan, Afgan, Faizal Tahir dan Hafiz Suip.


Ni antara beberapa gambar daripada konsert tersebut.





p/s: Konsert ini bukan Hafiz je yang cakap malahan ramai yang cakap konsert ini bertaraf lima bintang. Memang seronok dan menghiburkan.


Ramadan !
Saturday, 20 June 2015 • 05:35 • 0 comments
Hi ! Apa khabar? Sudah lama tak update entri. Ramadan al-Mubarak merupakan bulan yang mulia. So, pada bulan ini marilah kita memperbanyakkkan ibadat kepada Allah.

Tetapi kita kenalah ingat. Janganlah masjid/surau penuh hanya pada waktu Ramadan sahaja. Sedekah pun kita beri bila Ramadan sahaja. Kalau kita nak berbuat baik, lakukanlah setiap masa tak kira bulan apapun. Kalau time Ramadan kita datang masjid/surau untuk terawih, bulan2 lain pun penuhkanlah masjid/surau juga ye. Bersedekah pun berilah setiap masa.

Memang orang kata kalau buat baik pada bulan Ramadan, pahala berlipat ganda. Tapi, takkanlah kita nak buat baik time Ramadan sahaja betul? Rasulullah nak kita berbuat baik sepanjang masa dan perbanyakkan pada bulan Ramadan.

Akhirnya, selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di mana sahaja . :))



PT3 is Coming !!!
Friday, 30 January 2015 • 07:10 • 0 comments
Tengok tajuk tu . Haaa ... Dengan bangganya dinyatakan aku akan menduduki peperiksaan PT3 tahun ni . lol hahaha *bangga kejap*


Jadi sekarang ni apa persediaannya ? Haaa meh nak habaq satu2 kat hang .




1) Concentration Dalam Kelas . 
Ok ni benda paling penting kalau nak jawab apa2 exam sekalipun . Bila cikgu mengajar kita kena ... CONCENTRATE !!! Kalau dari dalam kelas bila cikgu mengajar kita dok sebok buat benda lain memang lah x masuk apa2 . Haaa nak2 subject yang tough2 .


2) Tuisyen / Kelas Tambahan dll .
Yang ni pun penting jugak . Kalau kat sekolah aku cikgu ada buat kelas tambahan lepas waktu sekolah jadi takyah susah2 nak tuisyen kat luar . Tapi kalau nak tuisyen kat luar pun aku x halang . Kalau yang x tuisyen sebab masalah kewangan or mak bapak busy takpe belajar kat rumah pun boleh .


3) Niat Nak Belajar .
Benda ni patutnya letak no. 1 tapi takpelah aku letak no. 3 eh . Hahaha . Ok2 dalam hati kita kena niat belajar kerana Allah s.w.t bukannya sebab nak dapat 'A' exam . Bila kita niat belajar kerana Allah s.w.t insyaallah ilmu yang dapat tu berkat . Betul tak ? Hahaha .


Baiklah sampai disini sahaja. Akhir sekali, tuntutlah ilmu sebanyak yang boleh.




Cita-citaku Menjadi Seorang Guru
Monday, 26 January 2015 • 05:35 • 0 comments
Tengok tajuk tu . Ha Ha Ha . Jangan gelak taulah lawak . Hmm , cita-cita aku memang nak jadi seorang guru . Cikgu sains dan matematik . Mana2 pun boleh . Bayangkan budak2 panggil aku 'Cikgu Hafiz' . Hahaha . lol . Jadi dalam meniti hari nak jadi cikgu ni kan , ada beberapa laluan yang aku kena lalui . Laluan2 ni pun aku dapat dari blog Cikgu Hailmi . Jadi janganlah bash kalau post ni ada persamaan dengan post Cikgu Hailmi ok ?




 1. Laluan SPM - IPG - SK

2. Laluan SPM - Matrikulasi - Universiti - SMK

3. Laluan SPM - STPM - Universiti - SMK

4. Laluan STPM - Universiti - SMK

5. Laluan Diploma - Universiti - SMK

6. Laluan Ijazah - DPLI - SMK

7. Laluan Ijazah - KPLI - SK

8. Laluan Ijazah - JQAF - SK

9. Laluan Ijazah - MRSM

10. Laluan Ijazah - Sekolah Swasta

11. Laluan Ijazah - Teach for Malaysia - SMK/ SK



Akhirnya, doakanlah semoga aku dapat menjadi seorang guru yang cemerlang.



Tanggungjawab Seorang Blogger
Friday, 17 October 2014 • 07:52 • 0 comments
Uishh dah lama tak update entri kan ? Jadi aku nak COMEBACK ni . Hahah . Sekarang ni aku tengah busy study (lah sangatt) sebab nak jawab exam 20/10 ni . Haishh ! So , nampaknya aku akan menghilangkan diri sekali lagi untuk tempoh yang lagi lama daripada dulu . Huhuhu , I'll miss you keyboard , laptop .


So sebelum aku *poof* a.k.a hilang dari sini . Meh aku nak share tanggungjawab bloggers . Harap-2 benda yang aku nak share ni bagi manfaat kat pembaca sekalian .


First , jangan lah buka aib orang . Ish3 aku benci betul orang yang suka buka aib orang ni . Kalau kene batang hidung aku memang aku cari orang tu .

Lepastu , jangan nak jadi KEYBOARD WARRIOR sangat . Erti kata lain kat blog kemain dia maki , caci orang tu . Sampai jumpa depandepan diam 'seribu bahasa' (cehh ada gaya bahasa disitu) .

Thirdly , jangan buat entri pasal sesuatu tanpa usul periksa . Ni kira sama spesies dengan yang first tadi tu
lah . kalau nak post sesuatu , pastikan ada bukti yang sahih jangan pakai tulis je .

Lastly , buatlah entri yang berguna . Cthnya , tips2 ataupun info2 .



Apa Yang Seorang Blogger Perlu Lakukan
Tuesday, 16 September 2014 • 10:20 • 5 comments
Entri kali ni aku akan kongsikan apa yang seorang blogger perlu lakukan . Sebelum itu aku nak berikan sedikit kredit kpd Lyssa Faizureen sebab aku dapat tips-2 ni dari blog dia . Sebelum baca aku cabar korang klik sini



1. Niat dengan ikhlas . Contohnya , 'aku buat blog sebab nak bagi informasi yang bermanfaat untuk pembaca-pembaca blog aku .


2. Tentukan target . Lebih kurang macam niat contohnya bukan macam 'aku buat blog nak kaya-raya' .


3. Entri yang simple dan bermanfaat . Buatlah entri yang ringkas , padat dan bermanfaat untuk pembaca .


4. Stalk-2 sikit blog-2 otai contohnya macam blog Lyssa . Lepas terjah blog dia aku terus semangat nak berblogging .

Top 10 Blog Paling Ramai 'Followers' Di Malaysia
• 09:37 • 0 comments
Entri kali ni aku akan senaraikan Top 10 Blog Paling Ramai 'Followers' Di Malaysia . Perhatian !!! Followers yg dinyatakan mungkin bertambah dari masa ke semasa . Tekan sini



1. Lyssa Faizureen (59 915 followers)

Lyssa ni tak sombong walaupun followers berpuluh ribu . Sesiapa yang nak tau macam-macam tutorial pasal blog boleh lah singgah blog Lyssa . Banyak tutorial kat sana .



2. Fatin Liyana (56 441 followers)

Orangnya cantik . Sekali entri update , ramai yang baca walaupun panjang entri yang dia tulis . Fatin Liyana orang yang ada 'natural beauty' . Itulah daya tarikan utama orang dok follow blog dia.


3. Hanis Zalikha (46526 followers)

Blogger->Model->Pengacara->Pelakon . Hanis seorang blogger yang serba boleh . Aku tak pernah tengok dia berlakon tapi aku selalu tengok 'Mad Markets' .



p/s : cakap-cakap pasal followers , pembaca ni follow lah blog aku yang tak seberapa ni ye ? mana tau lepasni aku pulak yang tersenarai kat atas tu .